Thursday, May 19, 2011

Lirik Nasyid Rabitahhaty Dan Wehdatulsani


KUMPULAN Rabitah HATY
Sek Men Keb Tembangau
LAGU2004
Lagu Pertama
Tajuk : Bersatu Bersama

Terdengar suara tangisan
Bergema di seluruh alam
Dari Kota Kehancuran
Pilu shahdu terasaDerita terus melanda
Sengsara berpanjangan

Marilah kita bersama-sama
Tingkatkan iman teguhkantaqwa
Marilah kita bersatu tenaga
Bebaskan jiwa yang menderita

Mari bersatu bina keamanan
Mari bersama bina kedamaian
Dalam menuju satu impian
Dunia aman tanpa peperangan

Hindarkanlah segala sengketa yang hanya merugikan
Elakkan dari permusuhan yang hanya membinasa
Eratkan perpaduan amalkan kerjasama
Sentiasa bergandingan tanpa mengira bangsa
Negara akan makmur damai dan sejahtera
Derita akan luntur sengsara akan musnah

Terbentuklah hidup yang bahagia
Aman dan harmoni selamanya
Jika kita semuanya berusaha
Bersatu bersama selamanya.

Lagu Kedua
Tajuk : Sahabat

Ingin aku singkap kembali,
Kenangan lama agar bersemi,
Ingin ku ulangi kisah manis,
Agar terus bersemadi.

Ingatlah aku sebagai rakanmu
kenanglah aku dalam doamu,
Begitulah indahnya kisah dahulu,
Engkau sebagai temanku,

Apabila engkau terjaga ,
Satu kan lah harapan ku dengan mu,
Kerna ia nya bakal berpadu
Di sebelum yang sedia.

Layangkanlah masa depanmu,
Sesungguhnya aku masih mengingati mu,
Sebagi kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Ku doa kan ..Ya Allah Kepada mu ,
Agar berbahgia didunia dan akhirat


Monday, May 16, 2011

Tugas sejati ku

hanya untuk tontonan umum..hehe..


gelagat 5 Kimpalan Arka jawab exam...sempat g tandas..walaupon masa dikatakan tidak cukup..


mat badrul yang serius..


mos..chipsmore..kejap ada kejap tak de..


fokus-fokus


aik jeling kat sapo tu..


ape kelih2....


yes...dah habis...


khusyuk...bacaan yasin setiap pg jumaat..


 Pengetua baru Jamilah Bt Osman dan Pengetua lama En Muthar Bin Ibrahim 


cuba teka mereka wat ape tu...????


kehadiran pelajar bilo tak de exam...

Sunday, May 15, 2011

Lambat Bertindak....!!!!

Akibat lambat bertindak rega2 keli n puyu sudah ado yg mati..sepatutnye pemantauan kene berterusan..memang payah nak bela ikan nie kalu kita tak minat dan istiqamah berterusan..kalu ikutkan plan...kerja2 clear saki baki telor rosak dibuat semalam...tp cibuk dgn urusan negara sangat ini la padah nye...




rega puyu yang beribu-ribu tu dah ado yg mati coz kawalan mutu air tidak dijaga..air jd busuk n masam...tangan pun dah terkena jangkitan bau busuk tu...sapa-sapa yg tahan leh lah wat pengasingan tu...ingat ke ada pelajar leh bantu tp mereka tak tahan dgn bau tu..pening kata nye..jd siapa lg yg kene wat...??



siapa tahu cara nye nak asingkan rega nie dr kotoran tanpa menjejaskan rega?...kalu ado tolong lah .."tunjuk ajar ku sifu"




rega keli berumur 3 hari...esok leh bg make artemia..


banyak jugak ye yg hidup....hehehe..suka2..

Pembenihan Ikan keli dengan Kaedah Aruhan


Pembenihan Ikan

Pada masa sekarang pihak Laman Flora sedang giat menjalankan aktiviti pembenihan ikan keli bagi menampung bekalan benih ikan di pasaran tempatan terutama untuk penternak-penternak di semenanjung . Pihak syarikat ada membekal benih ikan keli dalam pelbagai saiz mengikut permintaan penternak iaitu benih yang bersaiz antara 1.5-2 inci, 2-2.5 inci dan 2.5-3 inci dengan harga yang berpatutan mengikut jumlah pesanan. Untuk tempahan benih ikan boleh hubungi Encik Khairul ( 012-4907405 ) atau Encik Sani ( 017-4690081 ). Disini diceritakan serba sedikit tentang proses pembenihan yang dijalankan oleh pihak syarikat.
PROSES SUNTIKAN HORMON PADA INDUK IKAN KELI
Add caption
Proses Suntikan hormon ini dijalankan untuk induk betina dan induk jantan yang telah matang bagi meransangkan proses kematangan telur betina dan sperma jantan. Hormon yang digunakan samada Ovaprim atau Ovatide mengikut bekalan yang ada.
PROSES MENGELUARKAN TELUR BAGI INDUK BETINA
Proses mengeluarkan telur induk betina dilakukan selepas 10 jam suntikan hormon dijalankan. Proses ini mesti dilakukan oleh 2 orang atau 3 orang bergantung kepada saiz induk tersebut. Jadi induk yang berkualiti adalah yang berat badannya antara 1kg hingga 2 kg dan umur antara 8 bulan hingga 1.5 tahun. Kalau tua sangat nanti jadi keli pencen dan telurnya kurang kualitinya. Jadi pemilihan induk juga perlu diambil berat supaya usaha pembenihan tidak sia-sia dan tidak merugikan hormon.
PROSES DAPATKAN TESTIS DARI INDUK JANTAN
Untuk mendapatkan testis yang mengandungi sperma jantan, induk jantan tersebut perlu dibedah bagi mengeluarkan testis, jadi induk jantan perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum dibedah perut. Dalam aktiviti pembenihan ikan keli ini induk betina boleh digunakan beberapa kali bergantung kepada umur induk tersebut dan kualiti telurnya, manakala induk jantan hanya sekali sahaja kerana ia perlu dikorbankan. Selalu induk yang sudah tua telurnya atau spermanya kurang aktif , jadi mesti pandai memilih induk yang muda dan masih bergetah lagi serta matang bagi menghasilkan benih-benih yang berkualiti.
PROSES CAMPURAN TELUR DAN SPERMA JANTAN
Testis induk jantan tadi akan dipotong dan sperma diperah keatas telur betina dan campuran ini akan dikacau perlahan-lahan untuk persenyawaan sehingga sebati. Aktiviti perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi memastikan telur betina tidak rosak dan semua telur boleh disenyawakan.
PROSES MENABUR TELUR DIATAS TRAY.
Telur yang telah disenyawakan ditabur keatas tray penetasan didalam tangki penetasan. Pastikan telur ditabur dengan rata dan elakkan telur bertindih dan berlonggok. Pengaliran dan pengudaraan hendaklah dibuat secara berterusan. Telur akan menetas dalam masa 20-25 jam selepas disenyawakan.Apabila semua telur telah menetas tray ini perlu dikeluarkan dan dibersihkan.
ASUHAN REGA KELI
Rega yang berumur 3-4 hari akan dipindahkan ke tangki asuhan dengan cermat. Selepas 4 hari rega akan diberi makan artemia dan kemudian setelah berumur 10 hari diberi makan makanan serbuk....

Saturday, May 14, 2011

Teknik Yang Hampir nak Berjaya...!!!!

Hari ini genap 2 hari umur rega ikan keli dan puyu..tapi nak dapatkan rega ni idup bermacam-macam cara dibuatnye...semua direka secara teknik kebetulan "pinjam kata2 afiq"..penat mental dan fizikal serta masa abis terbuang gitu je...tapi tak pa perjuangan perlu diteruskan...


operasi menyedut hampas telor dan telor yg rosak..dengan menggunakan teknik shifon..

tugas yang paling cerewek...mengasing rega dr telor rosak..diserahkan kepada fais


teknik tapis-tapis...kan byk penapis tu..


akhirnye ini la yg berjaya diselamatkan..cuba kira agak2 berapa ye..


yang ini rega berumur 6 hari


rega puyu yang baru menetas


byk jugak telor ikan puyu yang rosak tu..

Hasil Didikan Pelajar KU...

Pada suatu hari,lepas latihan nasyid..saya lihat 2 orang pelajar saya lain macam je...ado suara manja..ngada2 po ado..saya terfikir bila diaorang nak balik umah nie..sementara saya tengah memantau ikan hiasan sekolah..rupa2 nye mereka nak pinjam ikan laga utk mereka pelihara..confius saya nak bg ke tak..pandai ke diaorang jaga.. .dah la mereka nak yang lawa2 pulak tu....tp hati seorang guru..mudah tersentuh terhadap permintaan pelajar...jadi saya bg pinjam untuk jaga saja tau...tapi dengan syarat 2 minggu sekali bagi gambar atau bwk ke sek untuk saya tengok ..hehehe....maka di bawah ni la hasilnye...



HM 5 bln setengah..hasil jagaan syafizuan ramli


HMDT hasil jagaan amirul fais wok lan


hasil didikan fais..


fais


afiq

Thursday, May 12, 2011

HARI YANG PELIK..???...

Entahlah mengapa hari ini semuanye menjadi...pembenihan dengan kaedah semula jadi ikan keli akhirnye berjaya dilakukan untuk kali ke 3..ingat ke susah nak buat benda2 ni..coz tak percaya saya leh wat..bukan ape kami belum lagi diberi kursus untuk wat projek ni..just pembacaan dan banyak bertanye kepada sifu2 je...nak wat teknik aruhan mana kami nak amik modal..nak beli hormon..n alat2 nye...sekarang ni semua peruntukan banyak ditarik balik...projek nie pulak just untuk suka2 n mencari pengalaman je...bukan untuk dikomesilkan...sapa-sapa leh wat.....baru je semalam kami campurkan induk jantan n induk betina ke dalam tangki air yang kami pinjam dari gpk-ko en due mahmood....hari ini dah keluar telor2 nye..tangki ni biasanya digunakan untuk perkhemahan beruniform sek..sekarang ini musim midteam..jadi semua nye stop.. so ape lg jadi mangsa tempat projek keli lah...

tengah perhatikan telor2 ikan keli yang berjaya disenyawakan..

pehh byknya....tapi pembenihan kali ke 2 lagi byk....induk betina kali ke2 5kg..yang ni 1 kg je..( dianggarkan 1 kg betina dapat mengeluarkan telor 50000)

adik anas sedang mengeluarkan induk dan diletakkan ke dlm tangki berasingan supaya tidak bertukar dengan induk yang masih lagi belum dibuat...bila cukup 6 bln nanti pembenihan boleh dilakukan sekali lg..

yang ni pulak telor ikan puyu..yang hari ni jugak keluarnye..tak pernah saya buat sebanyak ni keluarnya...nak tunggu esok...insyaallah menetas...kalu dilihat telor diatas yang warna jernih tu adalah telor yang berjaya disenyawakan...yang warna putih telor rosak dah..
semuanye nak tunggu esok...projek pembenihan ikan keli n puyu ...dah tak sabar rasanya nak tengok rega2 esoknye...tq byk2 en mat dr jabatan perikanan pahang jasa mu dikenang.

 Sifu En Mat dr Jabatan Perikanan Negeri Pahang..Pakar Segala pakar... 

Wednesday, May 11, 2011

CUBA LAGI UNTUK KALI KE 3..


Induk ikan keli yang telah diasingkan pada 2 hari lepas dimasukkan ke dlm tangki pembenihan yang telah ditapa air nye selama 2 hari...diharap pembenihan pada kali ini berjaya 80% tersenyawa dan rega berjaya hidup hingga leh tuai...selepas pembenihan kali 1 dan ke2 tidak berjaya..banyak petua dan tips2 dari sifu2 yang pakar ..mereka ialah sifu yazid..sifu jaik, sifu anis merapuh ,sifu rizal chini ,sifu hafiz dan yang paling banyak tips ialah sifu en mat dari jabatan perikanan negeri pahang..toce2 semua sifu..akan ku simpan semua tips2 tu dalam blog ini...heheehe..kita tunggu apa yang terjadi pada hari esok..keluar telor atau tak keluar...naling bukan main nih..tak sabar rasanye nak tunggu hari esok menjelma..
wak sini pekerja sekolah pernah berkata..."cikgu tak shok la ike keli yang kecik tak de..tak best nak jaga ikan....nak bagi makan ,jaga air kalau ado yang kecik, ok sikit leh nampak perkembangan nye.."..bila dengan je wak sini kata gitu,ape lagi 2 ,3 mangat la semangat saya bertambah untuk teruskan lagi mendapatkan ilmu tentang ikan cat nie...kali nie gambar tak sempat ambil coz kamera abis beteri ...blog ini dah jadi tempat saya luahkan pengalaman saya dalam ternakan ikan hiasan dan dagangan ni..ape darrr...ok lah..insyaallah kito jupe esok dengan cerita keluar ke tak keluar....hehehe

Sifu2 low profil
Sifu yazzid yang Teorinye cukup membantu
Sifu Anis Mamat meme Pakar dalam Hal2 Ikang ni..

Monday, May 9, 2011

BREEDING YANG PERNAH DIBUAT



ike puyu


ike sepat mutiara


rega sepat mutiara berumur 1 hari dan sekarang ini dah berumur 5 bln lebih

banyak lagi pembenihan ikan yang berjaya saya buat..nanti saya update kan..

Terskodeng Ikan Laga..sory ye...





penat duk tunggu bila nak belit nie...asyik tak kena je..( video gelap cikit)


berjaya ...dah belit dah..(susah tu nak amik video nie coz kita mane tahu dio akan wat #### bila )
jate black HMDT + tino Plakat Orenge..

maka jadi lah gini anak nye....

entah la..PLAKAT KE HM nie..

MEMANG TAK CUKUP ILMU..

anak-anak gapy kem plkn de bana

rega keli berumur 4 ari...

nampak tak...

ni je yang berjaya diselamatkan dari pembenihan yang kedua..(sory picture not clear)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...