Friday, January 6, 2012

Kultur Infusoria



Infusoria merupakan mikrob yang terdapat di dalam air yang mempunyai tumbuhan terendam di mana ia memakan bahan-bahan tumbuhan tersebut yang mereput.Ia adalah sumber makanan yang ideal untuk anak ikan yang baru menetas (peringkat larva).Ia amat mudah untuk dikulturkan.
Keperluan/Bahan
1. Air dari akuarium lama atau bekas ikan.Air dari akuarium/kolam ikan keli adalah yang terbaik.
2. Sedikit sayuran berdaun hijau...seperti daun salad.
3. Sedikit air panas.
4. Liquidfry No 1 (fungsi untuk mempercepatkan perkembangan Infusoria).
Cara Penyediaan
1. Masukkan air akuarium lama ke dalam gelas dan titiskan 3-4 titisan Liquidfry No.1. Larutkan titisan tersebut dengan mengacau perlahan-lahan dengan sudu.
2. Ambil helaian daun salad dan rendamkan di dalam air panas untuk seketika...2-3 minit.
3. Keluarkan daun salad dari air panas dan masukkan ia ke dalam bancuhan di perenggan 1 di atas.
4. Letakkan gelas kultur tersebut di pinggir tingkap dan biarkan untuk beberapa hari.Infusoria akan kelihatan apabila air mulai jernih.Ianya akan kelihatan seperti gumpalan awan/asap. 
Apabila ianya telah berhasil maka ia terus boleh diberi pada anak ikan dengan cara menuang larutan tersebut perlahan-lahan terus ke bekas penetasan ikan. Selamat Mencuba...
Yang kelihatan seperti asap itu adalah Infusoria....copy right Hasnal Zainol Abidin




Wednesday, January 4, 2012

Cara Mudah Membiak Betta



1. Sediakan 1 bekas/akuarium atau apa-apa yang boleh menampung sekitar 5 liter – 10 liter air. Bekas tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar.

2. Letakkan tumbuhan air/paip PVC/batu sebagai tempat persembunyian ikan betina.Ikan jantan akan menjadi amat agresif apabila selesai mengawan.Seeloknya bekas dibiar kosong di dasar. Letakkan cawan kertas yang dipotong dua/keratan plastic sebagai tempat yang bakal dibuat sarang buih.Masukkan sedikit daun ketapang kering dan sedikit garam kasar….macam resipi nak memasak…Tumbuhan air akan menggalakkan pertumbuhan infusoria iaitu sejenis hidupan seni yang menjadi makanan pertama anak ikan sebaik menetas.Ia boleh dikembangkan dengan lebih pantas dengan menggunakan titisan Liquidfry No 1 yang menjadi makanan infusoria.Biasanya infusoria akan mengambil masa 3-4 hari untuk membiak.

3. Pastikan ikan yang bakal dipasangkan diberi makanan hidup atau beku sebagai penyediaan awal ikan untuk mengawan.Makanan perlu diberi 2 kali sehari dan secara berterusan selama 2 minggu.Adalah lebih baik sekiranya kedua-dua ikan diberi bloodworm,jentik-jentik,cacing tanah,telur semut atau apa-apa makanan hidup yang sesuai.Makanan hidup akan membuatkan ikan betina mempunyai telur yang banyak serta berkualiti dan ikan jantan mempunyai simpanan tenaga yang mencukupi.Lepaskan ikan jantan. Biarkan beberapa hari supaya ia terbiasa dengan tempat barunya itu.

4. Masukkan balang ikan betina ke dalam bekas pembiakan.Biarkan mereka saling melihat antara satu sama lain sehinggalah ikan jantan membuat sarang buih yang banyak dan ikan betina mempunyai garisan menegak pada badannya dan mempunyai perut yang penuh dengan telur.

5. Lepaskan ikan betina untuk mengawan dengan ikan jantan.Biarkan bekas di tempat yang tenang dan jauh dari gangguan.Elakkan diri anda dari kerap mengintip ikan kerana perbuatan seperti itu boleh menyebabkan ikan menjadi stress dan akan bertindak sebaliknya seperti enggan mengawan atau akan memakan telur atau anak ikan.

6. Apabila ikan betina telah mengawan dan semua telur telah dikeluarkan,asingkan ikan betina dari bekas pembiakan.Ikan betina perlu diletakkan di dalam bekas yang mengandungi air yang bersih dan dimasukkan daun ketapang kering dan sedikit garam.Beri ia makan sedikit makanan hidup untuk mengembalikan tenaga yang hilang dan menguatkan dirinya kembali.

7. Ikan jantan akan menjaga telur di dalam sarang dan akan menetas selepas 2 hari dari tarikh mereka mengawan.Ikan jantan akan menjaga larva yang baru menetas dan jangan diberi makan di dalam tempoh ini.Ikan jantan boleh diasingkan dari larva selepas 3-5 hari dari tarikh larva menetas.Ada juga breeder yang terus membiarkan ikan jantan menjaga larva sehingga ke tahap remaja tetapi adalah lebih baik ia dikeluarkan bagi mengelak sebarang kemungkinan yang tidak diingini.Ikan juga seperti manusia,ada bapa yang baik dan ada bapa yang tidak bertanggungjawab.

8. Lakukan langkah yang sama terhadap ikan jantan apabila anda mengeluarkannya dari bekas pembiakan seperti mana ikan betina.

9. Larva ikan akan mula makan sebaik sahaja kantung telur(egg yolk) mereka habis diserap dan mereka mulai berenang secara normal.Larva ikan akan tertarik untuk makan makanan yang bergerak-gerak dan mengabaikan makanan yang tidak bergerak.

10. Makanan yang sesuai untuk larva ikan adalah seperti berikut:
a. Umur 1-2 hari – infusoria atau rotifer.
b. Umur 3-5 hari – Microworm atau rotifer.
c. Umur 5-15 hari – BBS (Baby brine shrimp).
d. Umur 15- 1 bulan – moina/daphnia.
e. Umur 1 bulan ke atas – daphnia atau bloodworm halus atau tubifex yang dicincang. Umur ini juga anak ikan boleh diajar untuk memakan pallet yang halus.

Anda juga mungkin akan menemui kaedah yang berlainan dari kaedah ini kerana setiap breeder mempunyai kaedah masing-masing yang berkemungkinan mempunyai rahsia tersendiri. Selamat Mencuba….COPY RIGHT..SIFU...Hasnal Zainol Abidin


Monday, October 31, 2011

DTHM COOPER FOR SALE


Tuesday, October 4, 2011

Tinggal Kenangan







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...