Thursday, May 19, 2011

Lirik Nasyid Rabitahhaty Dan Wehdatulsani


KUMPULAN Rabitah HATY
Sek Men Keb Tembangau
LAGU2004
Lagu Pertama
Tajuk : Bersatu Bersama

Terdengar suara tangisan
Bergema di seluruh alam
Dari Kota Kehancuran
Pilu shahdu terasaDerita terus melanda
Sengsara berpanjangan

Marilah kita bersama-sama
Tingkatkan iman teguhkantaqwa
Marilah kita bersatu tenaga
Bebaskan jiwa yang menderita

Mari bersatu bina keamanan
Mari bersama bina kedamaian
Dalam menuju satu impian
Dunia aman tanpa peperangan

Hindarkanlah segala sengketa yang hanya merugikan
Elakkan dari permusuhan yang hanya membinasa
Eratkan perpaduan amalkan kerjasama
Sentiasa bergandingan tanpa mengira bangsa
Negara akan makmur damai dan sejahtera
Derita akan luntur sengsara akan musnah

Terbentuklah hidup yang bahagia
Aman dan harmoni selamanya
Jika kita semuanya berusaha
Bersatu bersama selamanya.

Lagu Kedua
Tajuk : Sahabat

Ingin aku singkap kembali,
Kenangan lama agar bersemi,
Ingin ku ulangi kisah manis,
Agar terus bersemadi.

Ingatlah aku sebagai rakanmu
kenanglah aku dalam doamu,
Begitulah indahnya kisah dahulu,
Engkau sebagai temanku,

Apabila engkau terjaga ,
Satu kan lah harapan ku dengan mu,
Kerna ia nya bakal berpadu
Di sebelum yang sedia.

Layangkanlah masa depanmu,
Sesungguhnya aku masih mengingati mu,
Sebagi kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Ku doa kan ..Ya Allah Kepada mu ,
Agar berbahgia didunia dan akhirat


Monday, May 16, 2011

Tugas sejati ku

hanya untuk tontonan umum..hehe..


gelagat 5 Kimpalan Arka jawab exam...sempat g tandas..walaupon masa dikatakan tidak cukup..


mat badrul yang serius..


mos..chipsmore..kejap ada kejap tak de..


fokus-fokus


aik jeling kat sapo tu..


ape kelih2....


yes...dah habis...


khusyuk...bacaan yasin setiap pg jumaat..


 Pengetua baru Jamilah Bt Osman dan Pengetua lama En Muthar Bin Ibrahim 


cuba teka mereka wat ape tu...????


kehadiran pelajar bilo tak de exam...

Sunday, May 15, 2011

Lambat Bertindak....!!!!

Akibat lambat bertindak rega2 keli n puyu sudah ado yg mati..sepatutnye pemantauan kene berterusan..memang payah nak bela ikan nie kalu kita tak minat dan istiqamah berterusan..kalu ikutkan plan...kerja2 clear saki baki telor rosak dibuat semalam...tp cibuk dgn urusan negara sangat ini la padah nye...




rega puyu yang beribu-ribu tu dah ado yg mati coz kawalan mutu air tidak dijaga..air jd busuk n masam...tangan pun dah terkena jangkitan bau busuk tu...sapa-sapa yg tahan leh lah wat pengasingan tu...ingat ke ada pelajar leh bantu tp mereka tak tahan dgn bau tu..pening kata nye..jd siapa lg yg kene wat...??



siapa tahu cara nye nak asingkan rega nie dr kotoran tanpa menjejaskan rega?...kalu ado tolong lah .."tunjuk ajar ku sifu"




rega keli berumur 3 hari...esok leh bg make artemia..


banyak jugak ye yg hidup....hehehe..suka2..

Pembenihan Ikan keli dengan Kaedah Aruhan


Pembenihan Ikan

Pada masa sekarang pihak Laman Flora sedang giat menjalankan aktiviti pembenihan ikan keli bagi menampung bekalan benih ikan di pasaran tempatan terutama untuk penternak-penternak di semenanjung . Pihak syarikat ada membekal benih ikan keli dalam pelbagai saiz mengikut permintaan penternak iaitu benih yang bersaiz antara 1.5-2 inci, 2-2.5 inci dan 2.5-3 inci dengan harga yang berpatutan mengikut jumlah pesanan. Untuk tempahan benih ikan boleh hubungi Encik Khairul ( 012-4907405 ) atau Encik Sani ( 017-4690081 ). Disini diceritakan serba sedikit tentang proses pembenihan yang dijalankan oleh pihak syarikat.
PROSES SUNTIKAN HORMON PADA INDUK IKAN KELI
Add caption
Proses Suntikan hormon ini dijalankan untuk induk betina dan induk jantan yang telah matang bagi meransangkan proses kematangan telur betina dan sperma jantan. Hormon yang digunakan samada Ovaprim atau Ovatide mengikut bekalan yang ada.
PROSES MENGELUARKAN TELUR BAGI INDUK BETINA
Proses mengeluarkan telur induk betina dilakukan selepas 10 jam suntikan hormon dijalankan. Proses ini mesti dilakukan oleh 2 orang atau 3 orang bergantung kepada saiz induk tersebut. Jadi induk yang berkualiti adalah yang berat badannya antara 1kg hingga 2 kg dan umur antara 8 bulan hingga 1.5 tahun. Kalau tua sangat nanti jadi keli pencen dan telurnya kurang kualitinya. Jadi pemilihan induk juga perlu diambil berat supaya usaha pembenihan tidak sia-sia dan tidak merugikan hormon.
PROSES DAPATKAN TESTIS DARI INDUK JANTAN
Untuk mendapatkan testis yang mengandungi sperma jantan, induk jantan tersebut perlu dibedah bagi mengeluarkan testis, jadi induk jantan perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum dibedah perut. Dalam aktiviti pembenihan ikan keli ini induk betina boleh digunakan beberapa kali bergantung kepada umur induk tersebut dan kualiti telurnya, manakala induk jantan hanya sekali sahaja kerana ia perlu dikorbankan. Selalu induk yang sudah tua telurnya atau spermanya kurang aktif , jadi mesti pandai memilih induk yang muda dan masih bergetah lagi serta matang bagi menghasilkan benih-benih yang berkualiti.
PROSES CAMPURAN TELUR DAN SPERMA JANTAN
Testis induk jantan tadi akan dipotong dan sperma diperah keatas telur betina dan campuran ini akan dikacau perlahan-lahan untuk persenyawaan sehingga sebati. Aktiviti perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi memastikan telur betina tidak rosak dan semua telur boleh disenyawakan.
PROSES MENABUR TELUR DIATAS TRAY.
Telur yang telah disenyawakan ditabur keatas tray penetasan didalam tangki penetasan. Pastikan telur ditabur dengan rata dan elakkan telur bertindih dan berlonggok. Pengaliran dan pengudaraan hendaklah dibuat secara berterusan. Telur akan menetas dalam masa 20-25 jam selepas disenyawakan.Apabila semua telur telah menetas tray ini perlu dikeluarkan dan dibersihkan.
ASUHAN REGA KELI
Rega yang berumur 3-4 hari akan dipindahkan ke tangki asuhan dengan cermat. Selepas 4 hari rega akan diberi makan artemia dan kemudian setelah berumur 10 hari diberi makan makanan serbuk....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...